Remedi Semulajadi Terbaik untuk Bakteria Perut, Buasir dan Penyakit Usus!

Sambil Anda mengamalkan Ramuan Taufiq, anda juga mengamalkan tips ini.Ia mudah disediakan dan menggunakan remedi yang boleh dikatakan murah. Semua orang boleh menyediakannya.

Buah Tiin dalam Minyak Olive adalah ubat terbaik untuk bakteria di dalam perut. Masukkan buah Tiin yang kering di dalam jar dan campurkan dengan Minyak Olive.

Buah Tiin boleh dipotong kepada 4 bahagian untuk mempercepatkan lagi pelepas zat di dalam Minyak Olive.

Perapkan campuran tersebut dalam tempoh 40 hari dan kemudian ia boleh digunakan setiap pagi semasa perut masih kosong. Telan campuran tersebut 1 sudu besar setiap hari.

Untuk mendapatkan kesan yang berkesan, jaga pemakanan anda.

Elakkan makanan yang pedas dan pahit. Kalau boleh, anda juga sangat digalakkan untuk mengelak makan makanan yang mengandungi asid, berlemak dan juga daging.

Banyakkan makan makanan yang segar dan bagi makanan yang bergoreng, anda boleh mengoreng dengan menggunakan Minyak Olive.

Dari pengalaman dari orang yang mengamalkan kaedah ini, mereka mengatakan cara perubatan ini boleh membantu banyak masalah kesihatan seperti kemandulan, buasir, penyakit usus, sembelit, "bronchitis", asma dan banyak lagi.

Jadi, kaedah perubatan ini boleh diamalkan setiap hari tanpa kesan sampingan kerana ia adalah semulajadi secara keseluruhannya!

Comments are closed.