Meredakan Kesakitan akibat Senggugut

 

Senggugut atau dalam Bahasa Inggeris adalah Dysmenorrhoea, rata-ratanya dihidapi kebanyakan wanita yang sedang mengalami datang bulan atau haid. Ia adalah sesuatu yang amat menyakitkan pada wanita. Ramai wanita menganggap ia adalah perkara biasa dan biasanya dirasai oleh semua wanita.

Terdapat beberapa cara untuk meredakan senggugut:

1- Ia adalah “OK” untuk menggunakan atau makan penahan kesakitan: Untuk meredakan kesakitan, ubatan penahan sakit yang ringkas seperti paracetamol dan aspirin boleh diambil.

2- Kapsul Minyak Ikan: Kapsul Minyak Ikan yang mengandungi Asid Lemak Omega 3 juga pilihan yang baik untuk digunakan apabila bermasalah dengan senggugut yang teruk.

3- Disarankan mengamalkan diet yang ringan: Perubahan pada sedikit diet juga boleh membantu. Memakan makanan vegeterian yang mengandungi rendah lemak pada masa datang bulan juga terbukti dapat membantu.

4- Elakkan Gaya Hidup tidak aktif: Dikatakan bahawa senaman boleh mengurangkan kesakitan akibat senggugut.Gaya hidup tidak sihat tidak baik untuk kawasan uterus dan dinasihatkan untuk melakukan senaman yang biasa.

5- Gunakan Terapi Haba: Terapi Haba adalah cara yang biasa digunakan dan cara yang berkesan meredakan kesakitan senggugut. Letakkan bag yang mengandungi air panas di tempat sakit tersebut untuk meredakan kesakitan dan membantu mengendurkan otot.

6- Amalkan makan Ramuan Taufiq: Ramuan Taufiq berkesan mengubati senggugut. Ia amat sesuai dimakan sebelum dan semasa datang bulan. Dengan mengamal makan Ramuan Taufiq ini, ia bukan sahaja dapat merawat senggugut, malah dapat membekalkan tenaga dan menyihatkan badan.

JOM SHARE ARTIKEL INI DENGAN KAWAN-KAWAN ANDA!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *