Apa yang akan berlaku pada badan anda sekiranya anda kurang tidur?

Anda mungkin fikir kurang tidur anda tidak menjejaskan prestasi anda di tempat kerja, dan dengan keluarga anda - tetapi anda salah!
Ramai di antara kita begitu letih sehingga kita berfungsi seolah-olah kita berada dalam keadaan mabuk.

Penyelidik daripada University of Michigan telah mengumpul data dari 100 buah negara, dengan menggunakan aplikasi telefon pintar dan mendapati ramai yang tidur terlalu lewat kerana tekanan sosial.
Keadaan ini boleh menyebabkan kesan yang serius!

5 keadaan yang boleh berlaku pada kesihatan anda sekiranya anda kekurangan tidur:

1- Anda akan mendapat deman selsema
Anda yang tidur kurang dari 7 jam akan mendapat demam selsema 3 kali ganda berbanding dengan mereka yang tidur dalam 8 jam atau lebih. (kesimpulan dari kajian di Australian pada tahun 2009)

2- Ia lebih teruk berbanding keletihan
Penyelidik dari Cambridge University and Rand Europe mendapati bahawa kekurangan tidur mempunyai kesan yang lebih buruk kepada pekerja berbanding minum minuman keras pada waktu petang. Para penyelidik ini memantau 21,000 pekerja UK yang tidur selama enam jam atau kurang setiap malam dan juga tujuh hingga lapan jam.

3- Ia membuatkan anda lebih cenderung untuk mendapat strok
Kebiasaannya, sekiranya anda tidur pada setiap malam selama 6 jam atau kurang, ini akan membuatkan peluang anda mendapat strok adalah 4 kali ganda. Ini adalah menurut kajian daripada University of Alabama

4- Ia akan membuatkan anda gemuk
Kajian dalam PLOS Medicine pada 2004 menemui bukti bahawa tidur kurang dari 6 jam boleh membawa kepada peningkatan paras hormon lapar dan meningkatkan Body Mass Index (BMI)

5- Ia akan membuatkan anda cemas
Kurang tidur pada malam hari juga akan membuatkan anda rasa cemas. Ini adalah daripada kajian yang diterbitkan dalam Journal of Neuroscience.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *